Saturday, July 5, 2014

Apam Beras Gebuss

Salam ramadhan peeps,

Harini, hari ke-6 Ramadhan 1435 dan alhamdulillah I diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk berpuasa (walaupun tengah sarat mengandung menunggu kelahiran our 2nd baby yang bebila je akan keluar! huhu nervous...) dan dapat menunaikan solat tarawikh berjemaah bersama en.Hubby kat rumah memang menjadi rutin setiap tahun di bulan barakah ini... I dah start cuti bersalin (90 hari) & skang boleh rileks and kumpul tenaga untuk push nanti... bila dah cuti xtvt men'google' memang sangat la kan... ber'fb'ing, blog walking & shopping online (opsss! en.Hubby, biasa le wife you ni kan...)

Men'google'2 I jumpa resepi apam beras ni... mmg lama I teringin nak buat sendiri kueh ni tapi tak kesempatan (huhu itu alasan sgt cliche)... tapi harini I dah try buat... yeay! menjadi apam beras gebuss ni alhamdulilah, boleh la balas pinggan neighbour semalam and buat untuk iftar harini...

so peeps, boleh la try resepi ni ye... sangat senang meh cuba, just perap 1  1/2 jam je!

Bahan2:
a) 2 cawan nasi 
b) 3 cawan air
c) 1 cawan tepung gandum
d) 3 cawan tepung beras
e) 1 1/2 cawan gula
f) 1 paket mauripan


g) kelapa parut (yang putih sahaja)
e) secubit garam

Cara2:
1) Nasi dan air dikisar dengan blender sampai halus


2) Campurkan nasi + air yang dikisar dengan bahan2  (c - f)


3) Gaul rata dan perap adunan selama 1 1/2 jam...(lebih sikit pun tak pe) - tutup adunan & adunan akan naik


4) Then kacau rata, pastu letak dalam bekas untuk dititis warna2 yang digemari
5) Masuk dalam acuan, then kukus selama 15-20 minit (make sure penutup kukus di balut dengan kain untuk elak air jatuh pada apam ye...)


Hasilnye tadaaaa.....
v
v
v
v
v


selamat mencuba!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails