Wednesday, April 23, 2014

Almond Crunchy Caramel a.k.a Bepang Karamel Kacang Badam

Salam peeps,
Minggu lepas Sabtu, I teringin (al maklumlah peknen) nak makan sesuatu yang crunchy dan healthy... then terus teringat almond crunchy... Rumah I plak dekat dengan Yummie Bakery so terus  pergi beli barang...kebetulan semua barang ada, tepung Florentine pun baru sampai stok... mmg cun la! (hehe baru sekarang nak buat almond crunchy, terajin lebey ni dulu asyik beli je bebalang-balang)... barang-barang penyediaan dia agak mahal juga, padanlah orang jual mahal kan! cuma kalu buat sendiri ni kita puas hati :) ye dak???... Tersangatla mudah dan simple buat almond crunchy ni coz tepung Florentine ni sgt special (all in), kita just campurkan tepung dengan semua kekacang then bakar dalam oven... dalam masa 15 minit siap! semudah ABC kan???

Resipi (untuk 1 kg tepung / 1 peket):

1000 gm tepung Florentine
500 gm badam keping
250 gm kuaci hijau
250 gm sunflower seed
50 gm bijan

Cara-cara:


- Badam keping di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160°C selama 5-7 minit
- Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaul rata

- Sediakan loyang  alas loyang dengan parchment  paper sahaja, letakkan campuran  dan ratakan nipis
- Bakar dalam oven selama 10-15 minit pada suhu 160°C selama 10-15 minit sampai perang (jangan terlalu lama coz nanti hangus!!!)
- Lepas keluar dari oven masa agak lembik/melekat terus potong kepada kepingan (guna pemotong pizza + pembaris, jgn tunggu sampai keras ye)
- Simpan dalam bekas kedap udara





nota kaki: masa membakar bergantung kepada jenis oven yang digunakan...

Selamat mencuba!

XOXO,




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails